Klik2.. :)

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Pertama & Resepi Puding Aiskrim Oreo

Assalamualaikum semua...


Lepas Maghrib pada hari ni.. kita semua akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan... kedatanganmu dinanti...pemergianmu ditangisi...



Ya..ini adalah Ramadhan pertamaku bergelar seorang isteri..Ramadhan pertama sebagai suami isteri.. Ramadhan pertama ade suami di sisi.. syukur Ya Allah..syukur diberikan peluang menempuhi pengalaman ini... semoga bulanmu ini penuh dengan keberkatan...







so... disebabkan esok dah stat berpuasa.. jadi ofis kami pun adakn sikit jamuan kecik.. org kate mkn2 sebelum berpuasa kn... n aku pun ade buat sikit dessert... aku kn mmg suke renyah2 kt dapur ni... even penat sikit... tp perasaan puas bila dpt tngok makanan tu dah siap dengan air tangan sendiri tk terbayar uolls!!!




so menu utk hr nie adalah 'Puding Aiskrim OREO'... nie 1st time aku try...n Alhamdulillah..menjadi la jgk.. tp rasenye boleh diperbaiki lg..hihi...




Puding Aiskrim Oreo





Puding Aiskrim Oreo





Resepi :

Bahan2 ;


  • 2 sudu besar agar2.. (aku guna serbuk agar2 je senang)
  • 5 cawan air (guna cawan saiz mug tu pun ok)
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 cawan aiskrim coklat n aiskrim strawberi
  • biskut oreo yg dah dipecah2kn (certain kedai je ada jual.. kalau tkde..beli yg biasa..buangkan cream kt tengah2 biskut tu)



Cara Membuat :

  1.  Masukkan serbuk agar2 dan air dalam periuk.. masak sampai mendidih
  2. Masukkan gula dan biarkan sampai mendidih
  3. Masukkan susu cair yg dah dibancuh dengan 2 sudu besar tepung jagung, biar sampai mendidih
  4. Lepas semua dah mendidih, matikan api, tapiskan masuk dalam mangkuk besar
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian.. (aku bahagikan bahagian coklat lebih sikit)
  6. Masukkan 2 cawan aiskrim coklat dalam bahagian yg lebih tadi.. (optional nk letak bahagian yg mana satu)
  7. Kacau sampai aiskrim tu sebati dalam adunan tadi
  8. Masukkan 2 cawan aiskrim strawberi dalam adunan yg satu lg.. kena cepat sbb puding nie cepat beku..
  9. Masukkan serbuk biskut oreo dalam adunan coklat td.. aku suka letak banyak2 sbb mmg sedap.
  10. Masukkan adunan coklat td dalam bekas, terpulang nk letak dalam bekas apa.. kalau nk hasil lebih cantik..letak ke bekas yg ade corak2.
  11. sejukkan dalam peti sejuk. 5 minit dah cukup.
  12. Lapiskan dengan adunan aiskrim strawberi pulak. kalau adunan strawberi tu mcm dah keras sikit.. korang blender je.. takde efek pape pun, tekstur adunan tu akan jadi cair balik.
  13. Sejukkan dalam peti sejuk.
  14. Hidangkan sejuk

* kalau boleh biarkan semalaman, tp kalau dah tk sabar sangat.. sejam dua dah boleh keluarkan dah.. n terbalikkan... 

Puding Aiskrim Oreo


inilah hasilnye.. kul 1 pg bru tido nk siapkan..hihi... tp sayang sekali..yg paling besar tu tkde rezeki nk mkn.. tergolek dalam kete..carpet kete yg mkn.. tu la namenye tkde rezeki kn.. 




Selamat Mencuba & Selamat Berpuasa!!! ^_^


-eza & suami-



No comments:

Halwa Telinga

ceritera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...