Tuesday, February 15, 2022

7 Tahun Berlalu

 



Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani


Tak tahu dimana harus dimulakan sebagai mukaddimah setelah 7 tahun berlalu. Posting terakhirku adalah pada tahun 2016. Hampir 7 tahun berlalu. Setelah difikir2kan, setelah ditimbang2kan, akhirnya diri ini membuka jua lembaran blogger ini utk jari jemariku terus menulis. Surrounding telah terlalu banyak berubah. Bencana wabak penyakit virus Covid yang melanda juga telah hampir 3 tahun membadai. Arjunaku jua semakin bijak dan membesar.


Sosial media semakin laju meniti arus. Satu persatu medium sosial media muncul. Isi kandungannye bertali arus. Sebut sahaja, facebook, instagram, twitter, tiktok, ig story, whatsapp story. Terlalu banyak. Zaman kita tak sama. Jiwaku yang tradisional ni tak terikut sama sekali. Aku masih aku. Masih seorg yg suka bercerita, suka menulis. Suka menyimpan momen2 indah utk ditatap semula sebagai kenangan. Namun sosial media yang ada sekarang seperti bukan lg pilihanku. apa yg ditulis terlalu mudah disalah erti. Terlalu ramai pemerhati sehinggakan tiada lg freedom untuk menulis. Medium yang digunakan hanya sekadar untuk tatapan sendiri juga kadangkala disalah erti.


Lantas, diri ini telah memilih utk kembali ke medium ini. Ya, dunia blogger. Yang pernah melalui zaman kegemilangannya shj yang memahami betapa seronoknya menulis disini. Sharing di sini. Diri ini tidak mahu kenangan dan momen2 indah yang dilalui berlalu begitu saja tanpa dpt ditatap semula. 


Posting lama takkan kupadam. Bukti aku juga pernah lalui usia muda remaja, ececeh. Sekarang masih muda gituu..hihi.. tp pemikiran, gaya bahasa, tindak tanduk jauh lebih dewasa dan semoga semua apa yang pernah dilalui dapat mematangkan diri. 


InshaAllah. i'm back. Bismillah.




Halwa Telinga