Klik2.. :)

Wednesday, August 24, 2016

Arjunaku

arjunaku
yang dulu mama tertunggu-tunggu
yang dulu penghuni rahimku

arjunaku
saat dikau melihat dunia
dalam rasa gembira tak terkata
mama dan papa sangat hiba
rezeki yang sungguh kami tak duga

arjunaku
kamu dan kamu kami riba
bisikkan kalimah azan di telinga
tangan kami tadahkan sentiasa kepada yang Maha Esa
agar kamu menjadi insan berguna

arjunaku
hari ini kamu sentiasa dalam dakapan
berjalan dan berlari pun masih perlahan-lahan
walau tangis dan nakalmu sering membuat kami tertekan

arjunaku
keletahmu kami rindu selalu
tawa tangismu pengubat sendu
sentiasa ingin bersama tiap waktu
walau kami tahu masa tak selalu mengizinkan sentiasa bersamamu

arjunaku
satu hari nanti
kamu akan melihat realiti duniawi
tangan yang satu masa dahulu dalam dakapan kami
akan perlahan-lahan berlalu pergi
mencorak masa depan sendiri
dan kami akan merindui tangan kecil itu setiap hari

arjunaku
kamu hanya pinjaman Allah untuk kami jaga
kehadiranku pelengkap seri bahagia
akan mahligai yang kami bina
hanya satu yang kami pinta
jadilah insan berguna





Faeeq & Fateh


-pencinta kamu selama-lamanya-
-papamama-







Saturday, July 16, 2016

Welcome to the world our 2nd putera..

Assalamualaikum semua..



hari ni day 22 berpantang selepas lahirkan putera kedua mama.. sebenarnya mama bukak laptop ni sbb nk siapkan paper utk publish since lecturer dah bg dateline last lusa kena submit.. nampak tak..berpantang pun masih ber'tesis'.. LOL.. tp jari jemari ni gatal nk update blog pulokk..





Putera kedua mama ni.. kami beri nama Muhammad Fateh Rafiey bin Mohd Farhan.. Fateh bermaksud 'KEMENANGAN' dan Rafiey bermaksud 'TINGGI/MULIA'





Alhamdulillah..aku berjaya harungi 37 minggu bawa fateh dalam perut dan selamat lahirkan fateh.. ibu and anak kedua2nya sihat Alhamdulillah. urmm..urmm..mst ramai yg akan cakap gap umur faeeq n fateh rapat sgt... well well..it was really unexpected sbb kami suami isteri agak lambat dikurniakan cahaya mata pertama.. so did'nt expect that our 2nd baby will be this closed gap..apapun..syukur je aku ucapkan.. aku just akan digest kata2 positif yg org bg je.. any negatif comments or apa2 aura negatif..syuhhhh..pegi jauh2.. aku perlukan bnyk lagi aura positif untuk besarkan kedua2 anak yg masih kecik ni n untuk siapkan research paper yang aku plan untuk habiskan hujung tahun ni..doakan ye kwn2..







sepanjang pregnant fateh.. hanya kawaan terdekat n family je yg tau.. Allah cukup mudahkan semuanya..sepanjang pregnancy journey..aku tkde alahan langsung.. boleh pergi travel sana sini collect data utk research.. pergi conference smpai sabah.. (even my lecturer tak notice yang aku pregnant smpai la usia kandungan 7 masuk 8 bulan terpaksa berterus terang)***.. tak mengidam yg bkn2 sangat, tkde complication, tak overdue which fateh lahir week 37, and sepanjang tempoh pantang yg dah berlalu ni..fateh tkde ragam sangat.. mama boleh tido lena waktu malam kecuali fateh bangun nk susu.. hug n kissess for u baby kerana mudahkan mama..kerana mudahkan kami..







ade je yg akan cakap.. boleh ke nk handle 2 anak kecik2.. nk pergi clas or siapkan paper lg.. luckily..aku ada suami n family yg sangat2 membantu...very helpful.. tolong jagakan faeeq since aku tk boleh nk dukung2 faeeq sepanjang pantang ni.. cuma sejak dah ade adik..faeeq semakin berdikari.. asyik nk papa je.. nampak mama buat muka tktau je skrg..sobs.. tp faeeq belum faham apa maksud adik..belum mengerti erti sayang adik.. mama hope kedua2nya dpt mbesar dgn rukun..saling hormat menghormati..







sometimes..bila malam.. suami dah tido..anak2 dah tido.. belek muka anak sorg2..menitik juga airmata aku... pelan2 aku baca doa pendek n tiup kt ubun-ubun anak2.. semoga kamu membesar mnjd org yg berguna..dpt seimbangkan dunia dan akhirat... betul..penat mengandung dan sakit melahirkan tu akan sentiasa terpahat dalam diri.. betapa berterima kasihnya aku kepada ibu yg dah lahirkan aku n mak mentua yang dah lahirkan seorang lelaki yg baik untuk jadi suami aku n papa kpd anak2 kami.. ecehh..sebak lak tulis ayat2 mcm ni..hiks..  






last but not least.. perjuangan baru nak bermula... semoga Allah berikan aku kekuatan untuk membesar n mendidik mereka jd org yg baik2.. utk harungi hari2 yg penuh dgn urusan dunia yg takkan habis...till then..byeeee







our raya picture.. 2 tahun dah kami tak beraya.. tahun dpn kalau masih dipanjangkan umur..kita raya puas2 ye anak2..hee ^_^

Halwa Telinga

ceritera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...