Tuesday, May 10, 2011

kebahagiaan....

assalamualaikum semua...


saya mulakan entri kali ni dengan petikan daripada satu artikel pada laman web iluvislam.com...


'kebahagiaan itu bukan ada dihujung jalan.. tapi sepanjang jalan'


entah kenapa..rasa tertarik dengan sebaris ayat tu... seolah-olah maksudnya sungguh mendalam dan sebaris ayat tu dah cukup buatkan saya terbayangkn banyak perkara dalam kotak fikiran..maka terhasillah entri malam nie...hehe






sedaya upaya saya cuba untuk jadikan sebaris ayat tu untuk dijadikan satu entri yang padat dengan mesej yg cuba saya sampaikan...







satu kehidupan ni seolah-olah kita mulakan perjalanan di satu jalan yang mungkin lurus,,mungkin juga berliku,, dan yang pastinya kita akan bertemu dengan penghujung jalan yang entah bila dan macam mana keadaannya pun..kita takkan pernah tau...





bila sebut bahagia je...mesti perkara utama dalam fikiran kita bahagia berpasangan kan... tapi tak semestinya..bahagia ada satu kuarga yg happy..harmoni.. bahagia dapat result exam yg memberangsangkan... punca rasa tak bahagia adalah sebab kita tak dapat apa yang kita inginkan..






masih teringat satu ketika dulu waktu saya sedang dilanda kesedihan..murung..ditemani buku 'La Tahzan' mengisi waktu2 senggang untuk mendapatkan kembali semangat di samping lebih mendekatkan diri dengan pencipta... isi utama yang saya dapat belajar daripada buku tu adalah manusia bersedih disebabkan rasa tak bahagia..rasa tak sempurna dalam hidup... tapi siapa yang buatkan kita rasa tak bahagia kalau bukan manusia tu sendiri??? sedangkan matlamat setiap orang inginkan kebahagiaan.... seorang penjenayah yang paling dikehendaki polis pun mesti impikan sebuah kehidupan yang bahagia kan?? tapi apakan daya dia dah pilih jalan hidup yang salah..







masih teringat seorang kawan pernah bercerita tentang kisah kakaknya.. yang kecewa sebab ditinggalkan tunangnya...yang akhirnya tunangnya tu berkahwin dengan perempuan lain pilihan hatinya sedangkan dia masih lagi bersedih meratap kekecewaan yang mungkin tak berpenghujung selama bertahun2... yang akhirnya ibu ayahnya bawa dia menunaikan umrah di Mekah... bersujud di hadapan Kaabah memohon dengan penuh rasa khilaf kerana lupa yang takdir ketentuan Tuhan itu telah ditetapkan... khilaf yang kita perlu redha walau sepahit mana pun dugaan yang harus ditempuh dan ditelan... dan akhirnya dia kembali ke tanah air..memulakan kembali sebuah penghidupan yang mungkin telah disia-siakannya dek kerana sebuah kekecewaan... dan bersyukur kerana dia mampu untuk kembali membuka pintu hati kepada insan lain yang mungkin lebih layak untuk membahagiakannya...






kenapa dia jadi begitu?? mungkin kerana dia sudah meletakkan kebahagiaan dia hanyalah bersama dengan lelaki yang siapa tahu akan meninggalkannya.. dia meletakkan kebahagiaannya di penghujung jalan setelah berusaha untuk merealisasikan impian hidup bersama...






meletakkan matlamat untuk rasa bahagia pada satu masa tertentu.. setelah matlamat itu dapat dicapai... akan bahagiakah kita?? pastikah kebahagiaan itu dapat dikecapi saat matlamat yang selama ini dikejar telah sampai ke genggaman tangan... bukankah lebih manis kalau sepanjang jalan untuk mencapai matlamat yang diimpikan..kita dapat merasai bahagia...






contoh pertama.. matlamat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.. hidup hanya bertemankan buku tanpa merasai kemanisan hidup bersama kawan dan sahabat... disisihkan kawan2 kerana sikap terlalu mementingkan kejayaan sehinggakan lupa yang dia masih punyai hidup bermasyarakat..bukankah dia telah mengorbankan kebahagiaannya demi hanya untuk mencapai matlamatnya yang dia rasakan akan bahagia di penghujungnya.... ya..mungkin dia akan bahagia..tapi mungkin juga tidak..tiada siapa yang dapat merencanakan masa hadapan kan...









contoh kedua.. sepasang suami isteri yang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki daripada pagi hingga petang demi untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan yang berupa material yang mampu di dapatkan apabila memperoleh gaji yang setimpal... keharmonian rumah tangga semakin dilupakan..kemesraan antara sesama ahli keluarga semakin dipinggirkan... bahagiakah mereka??? bagaimana pula jika sepanjang jalan dan proses untuk mencapai bahagia yang mereka idamkan di penghujungnya musnah disebabkan anasir-anasir yang mereka sendiri tidak mampu untuk menjangkakan?? tiada siapa dapat merencanakan masa hadapan kan... bukanlah lebih manis jika sepanjang jalan untuk mencapat matlamat tersebut mereka tidak melupakan peranan masing2 untuk memberikan kebahagiaan antara satu sama lain??






ahh..terlalu banyak urusan dunia yang semakin menghakis sikap untuk kita rasa bahagia... benar tiada apa yang kekal... benar untuk mendapatkan sesuatu..kita akan kehilangan sesuatu... tapi sepanjang jalan untuk mencapai matlamat hidup..pupuklah rasa bahagia untuk orang-orang yang selayaknya untuk dibahagiakan kerana mereka juga pasti akan buat kita rasa bahagia...









- cik eza -

12 comments:

PendekarPetai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ct norfariza said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

huhu..betul..hal dunia salu halang kita untuk jadi bahagia :(

Cik Lya Shah said...

betul3..
kdg2 kita meltkkn satu harapan yg kita sendri ta pasti apakh penghujungnye...
berharap x slh tp jika trlalu mnghrap mungkin nnt akn memkn diri... :)

ctnorfariza said...

tara : hehe..setuju dengan kamu...sebab tu laa kte kne pandai seimbangkan dan tau bezakan mane satu kepentingan dan mana satu tanggungjawabkan.... =)

ct norfariza said...

lya : stuju...nk berharap pun kne bertempat kn.. klaw berharap pd benda yg da terang2 akn wat diri merana... better move on pda sumting yg lebih wat kte bhagia... =D

ct norfariza said...

mekaseh kamuu..hehe....
ish..nape comment2 yg len ilang?? comment kamu je melekat nh pas blogger.com pat bkak blek... pelik2.. =D

Hanis MY said...

lovely post! thanks letak akak dlm list, nanti akak includekan blog ct plak k...

msredcheesecake said...

Cik eza,

Bahagia itu subjektf...hanya diri kita sendri je yg dpt mendifinasikan apa itu bahagia?

ct norfariza said...

msredcheesecake : betul3.. kdg2..cuma diri kte sendiri yg dpt definisikn kebahagiaan... jz..why not kte beri ruang utk memberi n menerima kebahagiaan kpd diri sendiri yg slalu terleka n tlupe nie... ^_^,,

Anonymous said...

Kebahagiaan yg hakiki hanyalah kebahagiaan di samping Allah. Jika berbuat sesuatu kerana Allah 'Lillahi Taa'la', InsyaAllah kita akan merasai kebahagiaan. Setiap perasaan itu adalah kurniaan Allah. Selain drpd itu, ia hanyalah perasaan gembira yg kita alami setelah mendapat apa yg kita inginkan/impikan. Dalam mencapai apa yg kita inginkan itu, janganlah pula ada berlaku penindasan, penyalahgunaan, pendustaan, penyelewengan mahu pun kemaksiatan. InsyaAllah, Allah akan buka mata hati kita utk melihat dengan lebih jelas melampaui pandangan yg mengikut kehendak atau keinginan hati kita.

ct norfariza said...

en/cik anonymous...
terima kasih atas pandangan anda...betul apa yg awk katakan tu.. smoga kte same2 dpt share n sama2 sebarkan sesuatu yg baik tu..insyaAllah.. :)

Halwa Telinga